Sabtu, 12 Januari 2013

Vaksin dan kucing


che teh first vaccination di klinik haiwan genting klang

Pada entry kali nieh LCH nak becerita pasal Vaksin. Penting ke vaksin nieh? kucing dulu x vaksin hidup sehat jer. Betul jugak kan hmmm ...tapi antara penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing ialah;-

  • Feline Panleucopenia (Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies

Kesemua penyakit nieh dapat di cegah melalui pemvaksinan.Walau bagaimanapun ajal maut semua di tangan tuhan.Kita sebagai hambanya berusah dan bertawakal lah pada yang esa. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Apa itu vaksin?

Vaksinasi adalah persediaan mikroorganisma (patogen), seperti virus atau bakteria, yang ditadbir untuk menghasilkan atau  meningkatkan imuniti kepada penyakit tertentu.(direct dari google translate hihi) ayat mudahnya ialah membantu untuk meningkatkan antibodi untuk melawan daripada serangan penyakit. Tak bererti selepas vaksin kucing kita xkan jatuh sakit lagi,cuma penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :

Umur 8-9 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies


Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.




Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Copyright © Little Cat House KL. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert