Kurap adalah jangkitan kulit yang biasa dilihat pada kucing.Biasanya ia terjadi kerana disebabkan fungus yang dikenali sebagai dermatophytes. Kurap harus di rawat,kerana ia mudah berjangkit pada kucing lain mahupun manusia
Bagaimana untuk merawat kurap?
Terdapat beberapa cara yang boleh di gunakan, sama ada mengikut cara modern atau tradisional,antara caranya ialah;-
Cara yg pertama:-
-Memandikan kucing dengan syampu antifungus.
- mandikan kucing anda setiap 4 - 6 hari selama lebih kurang 2 - 4 minggu(bergantung pada keadaan kucing itu)
- sapu rata syampoo antifungus itu pada kucing biarkan 10 minit dan bilas bersih2 kerana syampoo yang tertingal akan menyebabkan kegatalan pada kucing
syampu Malaseb nie mmg berkesan
-sapuan cream SkinHeal- Cara pengunaannya: bersihkan kawasan kurap itu dan sapukan cream sehari 2 kali
SkinHeal mudah di dapati di Animal ARK
Cara yg ke 3:--Minyak Goreng Ikan-sapu pada tempat kurap tu.Insyaallah kurap tu akan sembuh
Cara yg ke 4:-
-Minyak Gamat-sapukan pada kurap tu insyaalah akan beransur pulih.tapi jangan lah sapu sekali jer...sapu sampai kurap tu sembuh ok.
tradisi turun temurun
Cara yg ke 5:--Jika berkemampuan bawalah kucing anda ke Vet untuk mendapatkan suntikan anti fungus
Mengikut pengalaman LCH jika kucing kena kurap,LCH akan mandikan kucing dengan syampo anti fungus dan sapuan cream skinheal.Resultnya mmg berkesan x sampai sebulan luka kurap akan sembuh.Jika keadaan kurap itu agak serius sila bawa kucing anda ke Vet untuk rawatan selanjutnya.
Itu antara tips yg LCH tahu, mungkin banyak lagi tips dan kaedah merawat kurap nieh. Terpulang pada kita nak ikut cara modern atau traditional,yg pasti jika anak bulus kita terkena kurap pls rawat segera kerana kurap kucing juga mudah berjangkit pada manusia.
Nota
Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini
Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini
0 ulasan:
Catat Ulasan