Sebelum kita menjadi pembiak kutu yang berjaya ,baik kita mencegahnya. Macam mana nak cegah kutu dari merebak dan beranak pinak dengan jayanya. So nie antara Tips2 untuk membasmi kutu kucing nieh:-
Langkah 1
Mandikan anak bulus dengan shampoo anti kutu. Terdapat banyak syampoo anti kutu di pasaran yang boleh anda dapati di setiap pasaraya.Harus berhati2 ketika memandikan kucing supaya tidak terkena mata. Setelah di syampoo biarkan seketika sebelum membilasnya. Bilas bersih2 supaya syampoo tidak melekat pada bulu kucing,ini kerana shampoo yang tertingal akan menyebabkan kegatalan pada anak bulus kita.
antara shampoo anti kutu yang mudah didapati di pasaran
Langkah 2
Selepas kita sudah keringkan anak bulus yang kita mandikan tadi,maka langkah seterusnya ialah semburkan anak bulus kita dengan Frontline spray ataupun spot on. Frontline spray boleh di gunakan kepada anak kucing yang berusia 2 hari ke atas.
Pastikan jangan terkena mata kucing ketika mengunakannya.
Langkah 3
Kuarantinkan anak bulus supaya kutu kucing tidak hingap semula pada anak bulus kita.
Langkah 4
Untuk memastikan kutu tidak hingap balik pada anak bulus kita,kita haruslah merajinkan diri mengemas rumah. Vakum rumah kita sekerap yang boleh,ini kerana ia dapat menyingkirkan kutu dewasa dan juga telur kutu.
Itulah antara Tips2 untuk menyingkirkan kutu dari rumah kita. Jangan lupa sikat anak2 bulus kita untuk menangalkan kutu2 yang telah mati. Selamat beperang.....
Nota
Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini
0 ulasan:
Catat Ulasan