Jumaat, 11 Januari 2013

Panduan memelihara kucing


    Minat pada kucing? Anda ingin memebela kucing? Ramai antara kita ingin memelihara kucing tetapi kurang pengalaman untuk menjaga anak bulus nie. Mengikut kajian jangka hayat kucing mampu hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing pelihara dalam rumah,boleh menjangkau sehingga 20 tahun. Mampu ke nak beri komitmen selama itu? Mengikut pengalaman LCH sendiri nak menjaga kucing nie umpama menjaga anak kecik. Banyak aspek yang perlu kita tahu sebelum mengambil "anak angkat" nie atau membelinya.

Di ingatkan kucing adalah haiwan yang aktif,mengurung kucing didalam rumah boleh mengundang stress dan kebosanan pada kucing. Jadi jika kita pilih memelihara kucing didalam rumah, kita haruslah memikir dan menyediakan keperluan asas untuk si manja,antaranya:-

Budget- Memelihara kucing memerlukan modal yang agak besar seperti membeli makanan,pasir ,accessories,rawatan dll

Litter box-Ini paling penting so x adalah anak bulus kita nie buang meratakan. paling penting kite kena bersihkan selalu ini kerana kucing adalah haiwan pembersih,jika litter box kotor anak bulus kita akan membuang di tempat lain.

Makanan- Terdapat banyak brand yg ada di pasaran,belilah mengikut kemampuan. Tapi klu boleh belilah makanan premium seperti royal canin,Iams dLL. ajar anak bulus makan kibles kerana ia lebih berkhasiat berbanding wet food.Kucing harus minum selalu,sediakan air bersih untuk mereka.Sekali sekala bagilah ayam rebus sebagai hadiah buat mereka.

contoh makanan premium

Ruang untuk bergerak bebas- Ada yang mengurung kucing didalam sangkarkan,LCH x sampai hati bila tgk anak bulus LCH dalam sangkar. LCH sediakan bilik khas untuk diowg bermain dengan bebasnye.Ini dapat mengurangkan stress pada kucing. Kurang stress kurang bulu gugurkan.

Tempat untuk mencakar- Belilah scratch tree yg mudah didapati di mana2 petshop. Sedia maklum kucing memang gemar aktiviti mencakar nie,di samping mereka dapat menguatkan otot ia juga dapat mengelakkan perabot rumah dari dicakar

Menyediakan permainan- Bermainlah dengan kucing ,aktiviti ini mampu membuat si manja kekal aktif dan cergas

che teh dan koleksi mainan beliau

Berikan perhatian- luang sedikit masa untuk berinteraksi dengan kucing peliharaan supaya mereka terasa lebih di sayangi hihi

aktiviti begambar di serindit photo

Grooming-sediakan alat seperti sikat,shampoo dll. Tidak perlu memandikan selalu cukup untuk membuatkan kucing berasa segar semula.

Pet carrier-mudah untuk membawa kucing anda keluar atau membawanya pergi ke vet.

Vaksin dan ubat cacing- penting kerana ia dapat mengelakkan kucing dari di serang penyakit

di klinik haiwan genting klang

Paling penting sekali jika nak bela kucing nieh,rajin2lah kemas rumah supaya rumah tidak berbau.Tak salah memelihara kucing tapi jangan sampai bergaduh dengan jiran disebabkan kucing.Hubungan sesama manusia juga harus di jaga,ini kerana x semua manusia dilahirkan suka akan kucing.

Moga info ini dapat membantu anda,bagi yang ingin membela kucing teruskan niat murni anda.Membela kucing nie kan sunnah nabi dan kucing adalah
binatang kesayangan nabi.Selamat beramal...


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

1 ulasan:

Unknown berkata...

Thanks..Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

Catat Ulasan

 

Copyright © Little Cat House KL. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert