Isnin, 14 Januari 2013

18sx : Kucing mengawan



Entry kali nie LCH akan becerita tentang kucing yang sudah capai umur matangnya. Bagi kucing betina yang belum di spayed pasti akan datang waktu heat nya. Ia mungkin berlaku ketika usia seawal 4 bulan.Kucing betina akan kekal dlm heat lebih kurang 4-6 hari.

Macam mana nak tahu kucing betina kita on heat atau tidak

First signal yang perlu kita tahu ketika anak bulus kita dtg heat ialah ia akan jadi lebih penyayang dan sering mengesel kepala tau leher belakang pada objek,kucing lain atau pada kita sendiri.

Tanda lain paling mudah dan hampir kesemua kucing melakukan perihal yang sama iaitu pangilan "merdu" yg panjang. Pangilan ini untuk menarik perhatian kucing jantan sekaligus memberi signal yg kucing betina sedang on heat.

posisi mengawan

che teh sedang mengusik candy

Kucing yang ketika heat juga akan membengkokkan badanya dalam kedudukan mengawan, dengan belakangnya di angkat sambil ekornye menegak ke udara dan menginjak/menendang pada tempat yang sama.

Kebiasaannya kucing akan membuat "semburan" air kencingnya pada dinding,pintu dan perabot berbanding di atas lantai atau pun carpet. Bau kencing kucing yg sedang heat lebih kuat baunya berbanding biasa.ini kerana ia mengandungi estrogen yg lebih, dan bau ini membolehkan kucing jantan tahu yang kucing anda sedang dlm heat.

Jika kucing anda mempunyai symptom2 seperti di atas, ini menunjukan 100% kucing anda sedang on heat.

Cara menenangkan kucing anda yang sedang heat

che teh cube menenangkan candy

Cari pasangan kucing anda untuk di mengawankan

Mandulkan-kucing betina boleh di mandulkan seawal 6 bulan.tetapi tidak di galakan untuk memandulkanya ketika kucing itu sedang dlm heat.

Jika anda tidak mahu memandulkan kucing anda,anda boleh membawa kucing anda berjumpa Vet untuk mendapatkan  hormonal injections/ubat.Ia dapat memberhentikan kucing anda dari terus on heat .

aksi putih tentang perangai candy ketika heat



Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

1 ulasan:

A Soul berkata...

Terima kasih atas info ini. Sy ingin bertanya, bolehkah kucing betina indoor yg dlm fasa estrus bila dihantar kepada breeder untuk mating, tidak mahu mengawan dengan kucing jantan tersebut? atau terdapat tempoh waktu yang diperlukan sebelum proses mating? TQ

Catat Ulasan

 

Copyright © Little Cat House KL. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert