Khamis, 31 Januari 2013

Kucing suka tgk tv??



Sebenarnya kucing tidak tengok tv,ini kerana kucing tetarik dengan pegerakan visual yg mereka lihat di kaca tv. Kucing tak dapat melihat seperti kita,tetapi pegerakan yang ada memberi rangsangan kepada mereka.

Mungkin juga di sebabkan anda terlalu asyik menonton sampai mengabaikan nya,lalu dia mengangu anda untuk menarik perhatian anda untuk bermain dengan nya.




Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini


Rabu, 30 Januari 2013

Kenapa kucing suka mengibaskan ekornya?


Kucing mengunakan ekor mereka untuk menunjukan mood mereka.

tail signal

Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini


Isnin, 28 Januari 2013

Bila kucing jantan dah mula start mengatal?-Lorex & Candy

Hah hari nie kucing kedua LCH lak start mengatal. Lorex telah selamat menunaikan tanggung jawabnye sebagai kucing jantan yg berjaya. Risau jugak bila kucing jantan dah mula start mengawan nieh. Sure x reti duduk diam kat rumah. Antara tanda-tanda kucing jantan mula  mengawan adalah:

  • Suka mengeluarkan suara yg tinggi
  • Spraying(kucing jantan akan kencing di dinding atau memana object untuk menanda kawasan sekaligus memberitahu kucing betina yang ia adalah kucing dominann di kawasan itu) 
  • Apabila nampak kucing betina ia akan segera menaikinya
  • Kerap keluar rumah


Antara 4 sbb tuh, cuma satu sbb jer LCH x berapa nak berkenan "SPRAYING", Nasib baiklah lorex n putih x melakukan aktiviti spraying sanggt. Klu x habis rumah bau hancing.

Petang tadi LCH membawa lorex ke Serindit Photo untuk di kahwinkan  dengan Candy kucing abg crol,baru letak 5 minit aktiviti lovemaking rancak dijalankan sampai tertido lorex melayan kehendak si candy nieh. walau apa pun esok akan bawak lorex ke studio lagi untuk  mengulangi sehingga candy stop on heat.


Lorex & candy @ Serindit Photo


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Ahad, 27 Januari 2013

Kenapa kucing bedengkur/ purring?




Kebiasaannya kucing bedengkur kerana mereka berasa tenang dan kesenangan. Ibu kucing bedengkur untuk membiarkan anak kucing tahu yg dia ada berdekatan dengan mereka. Dengkuran anak kucing pula adalah tidak balas dr grooming si ibu.

Kucing dewasa pula bedengkur atau purring untuk menarik orang dewasa supaya bermain dengan mereka. So klu kucing kita purring jgn lah buat x tahu dengan mereka ye...

Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan.

Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Sabtu, 26 Januari 2013

Mengapa kucing suka menjilat rambut atau muka anda ?



Perkara pertama pengalaman kucing, walaupun sebelum ia boleh melihat, adalah ibu kucing akan menjilat bulu anak kucing bertujuan untuk membersihkannya. Bila ibu kucing membuat grooming pada anak kucing ini mengambarkan kasih sayang dan menunjukan sifat penyayang. Jadi, jika kucing anda kadang-kadang menjilat rambut anda atau  muka anda, dia menunjukkan penerimaan dan menjaga anda seperti kucing lain.

Sudah tentu, ada kemungkinan anda mempunyai sesuatu yang lazat pada kulit anda dan menyebabkan kucing anda mahu rasa. Pada dasarnya, kucing adalah makhluk yang sentiasa ingin tahu dan apabila mereka meletakkan kepercayaan mereka pada anda, mereka akan memberi sepenuh perhatian mereka kepada anda.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Kenapa kucing suka pergi pada orang yang tak suka pada kucing?


Bila kucing berjumpa dengan kucing lain kebiasaanya ia akan merenung tajam antara satu sama lain,kadang-kadang mereka berdesis dan akan begerak ke arah yang berlainan . Kebiasaanya, orang yang tidak suka kucing akan mengelak melihat nya,tidak memangil dan duduk diam-diam dengan harapan kucing itu mengabaikannya. Oleh itu kucing melihat ia sebagai tingkah laku itu seperti orang yang mesra dengan kucing dan secara praktikalnya cara itu seolah-olah menjemputnya untuk datang kepada anda .


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Isnin, 21 Januari 2013

Mereka juga berhak mendapat kasih & sayang

Mereka juga memerlukan kasih sayang....Selamatkan kucing jalanan..Berikan mereka perlindungan...

Sabtu, 19 Januari 2013

Kenali baka "Maine Coon"



Tidak dapat dipastikan dari mana asal-usul kucing Maine Coon ini. Apa yang diketahui adalah kucing ini adalah satu-satunya breed jenis long-haired yang hidup di Utara Amerika secara native. Kucing ini mula dikenali di Maine dimana mereka disayangi kerana kebolehannya untuk mengawal populasi tikus.

Kini Maine Coon dikenali dengan saiznya yang besar, perwatakan santai dan penampilan yang tampak kasar. Juga dikenali sebagai gentle giant dalam keluarga kucing, adalah tidak asing untuk bertemu dengan kucing Maine Coon yang bersaiz besar berbanding kucing biasa. Kucing ini dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam cuaca yang sejuk.

Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.

Kucing Maine Coon sentiasa diminati kerana kecantikan dan ciri-ciri nyata seperti coat yang panjang selembut sutera namun kelihatan kasar. Bulunya lebih pendek di bahagian bahu dan panjang pada perut dan ekor. Bulunya kalis air dan mudah untuk disikat. Satu lagi ciri yang sangat menarik adalah kucing ini dilihat begitu sukakan air. Tidak memeranjatkan jika anda melihat mereka membantu pemilik mereka mengisi air mandi dalam tub atau melihat mereka merendam makanan mereka dalam air dan bermain-main dengannya.

Maine Coon sangat dikenali dengan sikapnya yang penyayang, kecenderungan untuk berkawan dan kebijaksaannya. Mereka dapat belajar bermain fetch dan dapat menyesuaikan diri berjalan dengan tali kekang tanpa memberi kesusahan pada pemiliknya. Breed yang menyerikan ini menjadi popular kepada mereka yang mahukan teman dalam hidup mereka. Pemilik Maine Coon menghargai keupayaannya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan menjadikan mereka sangat versatil.

Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor, tortoiseshells, tabby-tortoise, smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warna brown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.

Jumaat, 18 Januari 2013

Susu & Kucing




Kebanyakan org yg baru membela anak kucing akan memberikan susu yg berasaskan susu lembu.Tahukah anda susu2 tersebut bahaya untuk kucing jika di beri berlebihan. Ini kerana susu lembu mempunyai laktosa yang tidak dapat di hadam oleh kucing. Ia boleh menyebabkan sakit perut,cirit birit dan jika beterusan, ia akan menyebabkan dehydration dan ia boleh membawa maut.

Berilah susu buatan yang khas untuk anak kucing,yg mudah didapati di pet shop.Antara alternatif lain anda juga boleh memberi susu kambing sebagai makanan untuknya. Ini kerana susu kambing hampir menyamai formula susu ibu kucing dan kurang memberi masalah berbanding susu lembu.

Tidak semua anak kucing dapat menerima susu kambing,Perhatikan selepas memberi susu kambing ini pada anak kucing ,jika cirit anda harus memberhentikannya.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Selasa, 15 Januari 2013

Merawat Kurap Kucing


Kurap adalah jangkitan kulit yang biasa dilihat pada kucing.Biasanya ia terjadi kerana disebabkan fungus yang dikenali sebagai dermatophytes. Kurap harus di rawat,kerana ia mudah berjangkit pada kucing lain mahupun manusia

Bagaimana untuk merawat kurap?

Terdapat beberapa cara yang boleh di gunakan, sama ada mengikut cara modern atau tradisional,antara caranya ialah;-

Cara yg pertama:-
-Memandikan kucing dengan syampu antifungus.
  •  mandikan kucing anda setiap  4 - 6 hari selama lebih kurang 2 - 4 minggu(bergantung pada keadaan kucing itu)
  •  sapu rata syampoo antifungus itu pada kucing biarkan 10 minit dan bilas bersih2 kerana syampoo yang tertingal akan menyebabkan kegatalan pada kucing
syampu Malaseb nie mmg berkesan


Cara yg ke 2:-
-sapuan cream SkinHeal- Cara pengunaannya: bersihkan kawasan kurap itu dan sapukan cream sehari 2 kali

SkinHeal mudah di dapati di Animal ARK
Cara yg ke 3:-
-Minyak Goreng Ikan-sapu pada tempat kurap tu.Insyaallah kurap tu akan sembuh

Cara yg ke 4:-
-Minyak Gamat-sapukan pada kurap tu insyaalah akan beransur pulih.tapi jangan lah sapu sekali jer...sapu sampai kurap tu sembuh ok.

tradisi turun temurun
Cara yg ke 5:-
-Jika berkemampuan bawalah kucing anda ke Vet untuk mendapatkan suntikan anti fungus


Mengikut pengalaman LCH jika kucing kena kurap,LCH akan mandikan kucing dengan syampo anti fungus dan sapuan cream skinheal.Resultnya mmg berkesan x sampai sebulan luka kurap akan sembuh.Jika keadaan kurap itu agak serius sila bawa kucing anda ke Vet untuk rawatan selanjutnya.

Itu antara tips yg LCH tahu, mungkin banyak lagi tips dan kaedah merawat kurap nieh. Terpulang pada kita nak ikut cara modern atau traditional,yg pasti jika anak bulus kita terkena kurap pls rawat segera kerana kurap kucing juga mudah berjangkit pada manusia.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Isnin, 14 Januari 2013

18sx : Kucing mengawan



Entry kali nie LCH akan becerita tentang kucing yang sudah capai umur matangnya. Bagi kucing betina yang belum di spayed pasti akan datang waktu heat nya. Ia mungkin berlaku ketika usia seawal 4 bulan.Kucing betina akan kekal dlm heat lebih kurang 4-6 hari.

Macam mana nak tahu kucing betina kita on heat atau tidak

First signal yang perlu kita tahu ketika anak bulus kita dtg heat ialah ia akan jadi lebih penyayang dan sering mengesel kepala tau leher belakang pada objek,kucing lain atau pada kita sendiri.

Tanda lain paling mudah dan hampir kesemua kucing melakukan perihal yang sama iaitu pangilan "merdu" yg panjang. Pangilan ini untuk menarik perhatian kucing jantan sekaligus memberi signal yg kucing betina sedang on heat.

posisi mengawan

che teh sedang mengusik candy

Kucing yang ketika heat juga akan membengkokkan badanya dalam kedudukan mengawan, dengan belakangnya di angkat sambil ekornye menegak ke udara dan menginjak/menendang pada tempat yang sama.

Kebiasaannya kucing akan membuat "semburan" air kencingnya pada dinding,pintu dan perabot berbanding di atas lantai atau pun carpet. Bau kencing kucing yg sedang heat lebih kuat baunya berbanding biasa.ini kerana ia mengandungi estrogen yg lebih, dan bau ini membolehkan kucing jantan tahu yang kucing anda sedang dlm heat.

Jika kucing anda mempunyai symptom2 seperti di atas, ini menunjukan 100% kucing anda sedang on heat.

Cara menenangkan kucing anda yang sedang heat

che teh cube menenangkan candy

Cari pasangan kucing anda untuk di mengawankan

Mandulkan-kucing betina boleh di mandulkan seawal 6 bulan.tetapi tidak di galakan untuk memandulkanya ketika kucing itu sedang dlm heat.

Jika anda tidak mahu memandulkan kucing anda,anda boleh membawa kucing anda berjumpa Vet untuk mendapatkan  hormonal injections/ubat.Ia dapat memberhentikan kucing anda dari terus on heat .

aksi putih tentang perangai candy ketika heat



Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Sabtu, 12 Januari 2013

Vaksin dan kucing


che teh first vaccination di klinik haiwan genting klang

Pada entry kali nieh LCH nak becerita pasal Vaksin. Penting ke vaksin nieh? kucing dulu x vaksin hidup sehat jer. Betul jugak kan hmmm ...tapi antara penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing ialah;-

  • Feline Panleucopenia (Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies

Kesemua penyakit nieh dapat di cegah melalui pemvaksinan.Walau bagaimanapun ajal maut semua di tangan tuhan.Kita sebagai hambanya berusah dan bertawakal lah pada yang esa. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Apa itu vaksin?

Vaksinasi adalah persediaan mikroorganisma (patogen), seperti virus atau bakteria, yang ditadbir untuk menghasilkan atau  meningkatkan imuniti kepada penyakit tertentu.(direct dari google translate hihi) ayat mudahnya ialah membantu untuk meningkatkan antibodi untuk melawan daripada serangan penyakit. Tak bererti selepas vaksin kucing kita xkan jatuh sakit lagi,cuma penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :

Umur 8-9 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing

Umur 12-14 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

Umur 20 minggu

  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies


Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.




Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Jumaat, 11 Januari 2013

Kenapa kucing suka tidur?




Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidurnya di antara 12 - 16jam sehari. Ini kerana kucing active di waktu malam jadi mereka memerlukan rehat yang cukup untuk beburu. Yang kita nie jangan ikut lak tidur sampai 16 jam,nanti kieje x buat solat pun tingal.

Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Panduan memelihara kucing


    Minat pada kucing? Anda ingin memebela kucing? Ramai antara kita ingin memelihara kucing tetapi kurang pengalaman untuk menjaga anak bulus nie. Mengikut kajian jangka hayat kucing mampu hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing pelihara dalam rumah,boleh menjangkau sehingga 20 tahun. Mampu ke nak beri komitmen selama itu? Mengikut pengalaman LCH sendiri nak menjaga kucing nie umpama menjaga anak kecik. Banyak aspek yang perlu kita tahu sebelum mengambil "anak angkat" nie atau membelinya.

Di ingatkan kucing adalah haiwan yang aktif,mengurung kucing didalam rumah boleh mengundang stress dan kebosanan pada kucing. Jadi jika kita pilih memelihara kucing didalam rumah, kita haruslah memikir dan menyediakan keperluan asas untuk si manja,antaranya:-

Budget- Memelihara kucing memerlukan modal yang agak besar seperti membeli makanan,pasir ,accessories,rawatan dll

Litter box-Ini paling penting so x adalah anak bulus kita nie buang meratakan. paling penting kite kena bersihkan selalu ini kerana kucing adalah haiwan pembersih,jika litter box kotor anak bulus kita akan membuang di tempat lain.

Makanan- Terdapat banyak brand yg ada di pasaran,belilah mengikut kemampuan. Tapi klu boleh belilah makanan premium seperti royal canin,Iams dLL. ajar anak bulus makan kibles kerana ia lebih berkhasiat berbanding wet food.Kucing harus minum selalu,sediakan air bersih untuk mereka.Sekali sekala bagilah ayam rebus sebagai hadiah buat mereka.

contoh makanan premium

Ruang untuk bergerak bebas- Ada yang mengurung kucing didalam sangkarkan,LCH x sampai hati bila tgk anak bulus LCH dalam sangkar. LCH sediakan bilik khas untuk diowg bermain dengan bebasnye.Ini dapat mengurangkan stress pada kucing. Kurang stress kurang bulu gugurkan.

Tempat untuk mencakar- Belilah scratch tree yg mudah didapati di mana2 petshop. Sedia maklum kucing memang gemar aktiviti mencakar nie,di samping mereka dapat menguatkan otot ia juga dapat mengelakkan perabot rumah dari dicakar

Menyediakan permainan- Bermainlah dengan kucing ,aktiviti ini mampu membuat si manja kekal aktif dan cergas

che teh dan koleksi mainan beliau

Berikan perhatian- luang sedikit masa untuk berinteraksi dengan kucing peliharaan supaya mereka terasa lebih di sayangi hihi

aktiviti begambar di serindit photo

Grooming-sediakan alat seperti sikat,shampoo dll. Tidak perlu memandikan selalu cukup untuk membuatkan kucing berasa segar semula.

Pet carrier-mudah untuk membawa kucing anda keluar atau membawanya pergi ke vet.

Vaksin dan ubat cacing- penting kerana ia dapat mengelakkan kucing dari di serang penyakit

di klinik haiwan genting klang

Paling penting sekali jika nak bela kucing nieh,rajin2lah kemas rumah supaya rumah tidak berbau.Tak salah memelihara kucing tapi jangan sampai bergaduh dengan jiran disebabkan kucing.Hubungan sesama manusia juga harus di jaga,ini kerana x semua manusia dilahirkan suka akan kucing.

Moga info ini dapat membantu anda,bagi yang ingin membela kucing teruskan niat murni anda.Membela kucing nie kan sunnah nabi dan kucing adalah
binatang kesayangan nabi.Selamat beramal...


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Khamis, 10 Januari 2013

Perkhidmatan Grooming 2014(Closed)


Cuti sementara waktu =)

Tips Mengawal Kutu Kucing

Assalamualaikum...First entry LCH nak becerita pasal kutu kucing. Bagi mereka yang memelihara kucing pasti akan menghadapi masalah Kutu Kucing. Ada orang kata " apa salah bela kutu sekali dah alang2 bela kuceng tu .. tak baik ko tau nak hapuskan .. makhluk Allah swt tu ".. betul jugak kan tapi kalau dah gatal satu badan memang siapa pun tak tahan kan...

Sebelum kita menjadi pembiak kutu yang berjaya ,baik kita mencegahnya. Macam mana nak cegah kutu dari merebak dan beranak pinak dengan jayanya. So nie antara Tips2 untuk membasmi kutu kucing nieh:-

Langkah 1

    Mandikan anak bulus dengan shampoo anti kutu. Terdapat banyak syampoo anti kutu di pasaran yang boleh anda dapati di setiap pasaraya.Harus berhati2 ketika memandikan kucing supaya tidak terkena mata. Setelah di syampoo biarkan seketika sebelum membilasnya. Bilas bersih2 supaya syampoo tidak melekat pada bulu kucing,ini kerana shampoo yang tertingal akan menyebabkan kegatalan pada anak bulus kita.


antara shampoo anti kutu yang mudah didapati di pasaran


Langkah 2

    Selepas kita sudah keringkan anak bulus yang kita mandikan tadi,maka langkah seterusnya ialah semburkan anak bulus kita dengan Frontline spray ataupun spot on. Frontline spray boleh di gunakan kepada anak kucing yang berusia 2 hari ke atas.

Pastikan jangan terkena mata kucing ketika mengunakannya.

Langkah 3

    Kuarantinkan anak bulus supaya kutu kucing tidak hingap semula pada anak bulus kita.


Langkah 4

   Untuk memastikan kutu tidak hingap balik pada anak bulus kita,kita haruslah merajinkan diri mengemas rumah. Vakum rumah kita sekerap yang boleh,ini kerana ia dapat menyingkirkan kutu dewasa dan juga telur kutu.


Itulah antara Tips2 untuk menyingkirkan kutu dari rumah kita. Jangan lupa sikat anak2 bulus kita untuk menangalkan kutu2 yang telah mati. Selamat beperang.....


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini
 

Copyright © Little Cat House KL. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert