Khamis, 31 Januari 2013

Kucing suka tgk tv??



Sebenarnya kucing tidak tengok tv,ini kerana kucing tetarik dengan pegerakan visual yg mereka lihat di kaca tv. Kucing tak dapat melihat seperti kita,tetapi pegerakan yang ada memberi rangsangan kepada mereka.

Mungkin juga di sebabkan anda terlalu asyik menonton sampai mengabaikan nya,lalu dia mengangu anda untuk menarik perhatian anda untuk bermain dengan nya.




Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini


Rabu, 30 Januari 2013

Kenapa kucing suka mengibaskan ekornya?


Kucing mengunakan ekor mereka untuk menunjukan mood mereka.

tail signal

Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini


Isnin, 28 Januari 2013

Bila kucing jantan dah mula start mengatal?-Lorex & Candy

Hah hari nie kucing kedua LCH lak start mengatal. Lorex telah selamat menunaikan tanggung jawabnye sebagai kucing jantan yg berjaya. Risau jugak bila kucing jantan dah mula start mengawan nieh. Sure x reti duduk diam kat rumah. Antara tanda-tanda kucing jantan mula  mengawan adalah:

  • Suka mengeluarkan suara yg tinggi
  • Spraying(kucing jantan akan kencing di dinding atau memana object untuk menanda kawasan sekaligus memberitahu kucing betina yang ia adalah kucing dominann di kawasan itu) 
  • Apabila nampak kucing betina ia akan segera menaikinya
  • Kerap keluar rumah


Antara 4 sbb tuh, cuma satu sbb jer LCH x berapa nak berkenan "SPRAYING", Nasib baiklah lorex n putih x melakukan aktiviti spraying sanggt. Klu x habis rumah bau hancing.

Petang tadi LCH membawa lorex ke Serindit Photo untuk di kahwinkan  dengan Candy kucing abg crol,baru letak 5 minit aktiviti lovemaking rancak dijalankan sampai tertido lorex melayan kehendak si candy nieh. walau apa pun esok akan bawak lorex ke studio lagi untuk  mengulangi sehingga candy stop on heat.


Lorex & candy @ Serindit Photo


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Ahad, 27 Januari 2013

Kenapa kucing bedengkur/ purring?




Kebiasaannya kucing bedengkur kerana mereka berasa tenang dan kesenangan. Ibu kucing bedengkur untuk membiarkan anak kucing tahu yg dia ada berdekatan dengan mereka. Dengkuran anak kucing pula adalah tidak balas dr grooming si ibu.

Kucing dewasa pula bedengkur atau purring untuk menarik orang dewasa supaya bermain dengan mereka. So klu kucing kita purring jgn lah buat x tahu dengan mereka ye...

Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan.

Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian. Pakar zoologi British, Desmond Morris menyimpulkan bahawa dengkuran ini sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Sabtu, 26 Januari 2013

Mengapa kucing suka menjilat rambut atau muka anda ?



Perkara pertama pengalaman kucing, walaupun sebelum ia boleh melihat, adalah ibu kucing akan menjilat bulu anak kucing bertujuan untuk membersihkannya. Bila ibu kucing membuat grooming pada anak kucing ini mengambarkan kasih sayang dan menunjukan sifat penyayang. Jadi, jika kucing anda kadang-kadang menjilat rambut anda atau  muka anda, dia menunjukkan penerimaan dan menjaga anda seperti kucing lain.

Sudah tentu, ada kemungkinan anda mempunyai sesuatu yang lazat pada kulit anda dan menyebabkan kucing anda mahu rasa. Pada dasarnya, kucing adalah makhluk yang sentiasa ingin tahu dan apabila mereka meletakkan kepercayaan mereka pada anda, mereka akan memberi sepenuh perhatian mereka kepada anda.


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Kenapa kucing suka pergi pada orang yang tak suka pada kucing?


Bila kucing berjumpa dengan kucing lain kebiasaanya ia akan merenung tajam antara satu sama lain,kadang-kadang mereka berdesis dan akan begerak ke arah yang berlainan . Kebiasaanya, orang yang tidak suka kucing akan mengelak melihat nya,tidak memangil dan duduk diam-diam dengan harapan kucing itu mengabaikannya. Oleh itu kucing melihat ia sebagai tingkah laku itu seperti orang yang mesra dengan kucing dan secara praktikalnya cara itu seolah-olah menjemputnya untuk datang kepada anda .


Nota

Perlukan perkhidmatan grooming untuk anak bulus anda? Kami menyediakan khidmat grooming ke rumah anda,sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau klik disini

Isnin, 21 Januari 2013

Mereka juga berhak mendapat kasih & sayang

Mereka juga memerlukan kasih sayang....Selamatkan kucing jalanan..Berikan mereka perlindungan...
 

Copyright © Little Cat House KL. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert